Supernova
dia yang pergi tak kembali
Monday, April 11, 2011 • 7:59 PM • 0 comments


Assalamualaikum blogger :[

sumber : cilok fb orang

Lee chin hui ! untuk pengetahuan awak semua ini kawan baik saya . lee ? saya tahu muka dia macam melayu . kan ? tapi dia cina iban dan tak tahu langsung berbahasa cina . hanya fasih 100% bahasa melayu . dan 99% berkawan dengan orang melayu .

Kami berkawan baik sejak dari sekolah rendah (start darjah 4) . saya tahu mesti ada yang cakap ‘alaaa , sekolah rendah je pun’ .  takpe . saya tak kisah . sekolah rendah ke sekolah tadika ke , dia tetap kawan saya  . kan ? dulu , kalau saya bosan . dia mesti ada . sembang dengan saya , buat saya gelak . kadang-kadang tu dia suka bahan saya . rasa macam nak cubit-cubit pipi dia sebab muka dia comel sangat kalau senyum atau gelak . saya suka tengok lesum pipit dia . tapi itu dulu ! semenjak masuk sekolah menengah dia dah semakin  berubah . kami dah tak seakrab dulu . saya tahu alam persekolahan sekolah menengah memang macam tu . lebih ramai lagi kawan baru yang akan kita kenal . kan ? dan semuanya kian berubah .  takpe . tak semestinya kita akan berkawan baik dengan orang tu sampai bila-bila . betul tak ? Walaupun kami dah tak serapat dulu . dia still tegur saya . setiap kali terserempak dekat sekolah mesti dia bahan saya “ni la awek zahid dulu.heheee” (sambil buat muka nakal dia) .

*********************

2 November 2011 , malam tu saya tidur awal . dalam keadaan mamai saya terdengar bunyi siren ambulance . tak terlintas apa-apa pun di fikiran saya . mungkin masa tu mengantuk sangat . tanpa menghiraukan bunyi siren ambulance . saya terus sambung tidur . tepat pukul 2.30 a.m. saya terjaga dari tidur . terpangpang dekat screen phone ada 3 mesej dan salah satunya dari Nasquin . “erni , lee dah meninggal” . OHHH MY GOD ! biar betul ‘aku mimpi ke ni’ *sambil mecubit pipi kiri dan kanan* . pagi tu saya bangun awal untuk mencari kepastian dan segalanya terjawab selepas saya online facebook . semua pasal lee . “LEE ACCIDENT , DIA DAH TAK DE” . kali ni saya betul-betul pasti yang saya tak mimpi . so , siren ambulance malam tadi tu ? ya’Allah ! tetiba terngiang-ngiang dia jerit panggil saya dua tiga hari lepas , masa tu saya bawa motor . saya tak berhenti pun tapi sempat melemparkan senyuman ke arah dia . kali terakhir saya tengok dia 31 october 2011 dekat kantin sekolah . saya nampak muka dia macam risau je . saya tak tahu yang tu pertemuan saya dengan dia buat kali yang terakhir .

2 November 2011 , 9.30 p.m. dia accident . saya tak tahu masa tu dia dari mana . setahu saya dia bawak motor dan bonceng kawan baik dia , oly . masa dekat bus stop , dia nak potong bas dan tak perasan ada motor lain dekat depan . tuptup dah accident . semua tu berlaku dengan pantas . darah mengalir keluar dari mulut dan hidung dia tanpa henti . kepala , leher dan kaki dia luka teruk . (cerita orang)
Kawan-kawan saya cakap mayat dia ada dekat hospital . then , mayat mungkin di bawa balik ke rumah semalam (3 November 2011) . saya nak sangat pergi ziarah tapi . . . . . entah la . seluruh anggota badan saya kaku , seolah-olah saya tak percaya dengan apa yang terjadi . saya tak sempat pun pergi  tengok mayat dia buat kali terakhir . tadi saya sempat tengok keranda dia je , nak bawak pergi bakar . mayat dia dah pun di bakar tengah hari tadi ( 4 November 2011 , 1 p.m. ) . saya terkilan sangat tak sempat pergi tengok mayat kawan baik saya buat kali terakhir . dia dah pergi buat selamanya dan takkan kembali . 

Kawan-kawan dia dan cikgu cakap , sebelum tu banyak tanda-tanda pelik dekat dia . mungkin dia dah tahu masa dia dah dekat . antaranya
-          
  •                Dia mintak maaf dekat semua cikgu , dia cakap “hari ni hari terkahir saya dekat sekolah”
  • -          Dia terlanggar sorang budak dan buku budak tu terjatuh . kebiasaannya dia buat tak tahu dan terus pergi . tapi masa tu , dia cepat-cepat ambilkan balik buku budak tu dan mintak maaf .
  • -          Dia pesan dekat kawan dia , Haziq . “nanti aku dah takde , kau ambik la motor aku ni . lepas tu tolong tengok-tengokkan adik aku , jaga dia “ 
  • -         Dia cakap dekat zura “nanti kau dah dapat gaji , belanja aku tengok wayang taw . lepas ni tak boleh dah”

Perkara yang paling menyedihkan , dia tak sempat pun memeluk agama islam . saya tahu dia berniat nak masuk agama islam . tapi , dia tak sempat melaksanakannya . dia pergi sebelum sempat tunaikan hajat dia untuk menjadi saudara islam saya . masa bergerak terlalu pantas . awak terlalu muda lee dan masih panjang perajanan hidup yang awak perlu tempuhi , tapi ianya dah berakhir . hanya sampai di sini perjalanan hidup awak lee . hmmm , saya tak salahkan takdir . saya tahu setiap apa berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya . kan ? saya harap semua yang berlaku ni dapat menjadi iktibar dan menjadi pengajaran dalam hidup kita semua .

*true friends are very difficult to find and impossible to forget . iloveyoufriend , lee chin hui (dalam kenangan)


the words spilled by ErniSuhanaZulkapli




Disclaimer


Hiii and welcome to my simplest bloghttp://enysuehana.blogspot.com i'm Erni Suhana Zulkapli . 8teen and stay at Cheras . simple girl , not pretty , not a famous person but i proud to be myself . i love the way who i am !
  • Entries
  • Profile
  • Links
  • Everything


listen here

'




Credits


Template : Liyana Vans
Edited : YOUR NAME
Background : Google
Font : Google