Cinta Itu Tak Terlihat
Wednesday, October 26, 2011 • 10:51 PM • 0 comments
oke , hari ni entry saya "cinta itu tak terlihat" .
macam pelik tak entry saya ? kalau pelik .
shhhhh (duduk diam-diam dekat situ oke)
kenapa kita tutup mata masa tidur ? masa menangis ? masa kita membayangkan sesuatu ? kerana hal yang terindah di dunia ni tak terlihat . ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya sama dengan kita . kita bersatu hati dengan dia dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA ! ada hal-hal yang kita tak nak lepaskan . expecially orang yang terlalu penting dalam hidup kita yang kita tak mahu tinggalkan . tapi ingatlah . . . . . melepaskan bukan bererti berakhirnya sebuah kehidupan , melainkan ia ialah suatu permulaan kehidupan yang baru . kebahagiaan ada untuk mereka yang telah menangis , mencari , dan mencuba . kerana merekalah yang menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
cinta yang agung ? adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya . , ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dengan setia , ketika dia mula mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata "aku turut bahagia untukmu" . apabila cinta kita tidak berhasil . BEBASKAN dirimu . biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang bebas . ingat ! kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya . tapi ketika cinta itu mati , kita tak perlu mati bersamanya . orang terkuat bukan mereka yang selalu menang , sebaliknya mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh .
TEMAN SEJATI . faham ketika kita berkata 'aku lupa' , menunggu selamanya ketika kita berkata 'tunggu sebentar' , tetap tinggalkan kita ketika kita berkata 'tinggalkan aku sebentar' , membuka pintu walaupun kita belum mengetuk dan berkata 'bolehkah saya masuk?'
dalam urusan cinta , kita jarang menang . kan ? tapi cinta itu tulus . walaupun kita kalah namun kita masih tetap menang kerana kita bahagia mencintai seseorang lebih dari diri kita sendiri . akan tiba saatnya , dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita tetapi kerana kita menyedari bahawa orang itu lebih bahagia apabila kita melepaskannya . apabila kita benar-benar mencintai seseorang , jangan sesekali melepaskannya dan jangan percaya bahawa dengan melepaskannya bererti kita benar-benar mencintainya
berjuanglah demi cintamu . itulah cinta sejati . lebih baik menunggu orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang tersedia . kadang kala , orang yang kita cintai ialah orang yang paling menyakitkan hati kita sedangkan orang yang menjadi teman menangis yang sentiasa di sisi kita selama ini ialah cinta yang kita tidak sedari :)
[ bahaya jika kita menitiskan air mata didalam hati jika dibandingkan menangis tersedu-sedu . air mata yang keluar dapat menghapuskan segala kedukaan , sementara air mata yang tersembunyi mampu menggoreskan luka yang tak akan pernah hilang ]