Kerana Mulut Badan Binasa..
Thursday, September 27, 2012 • 1:21 AM • 0 comments
Assalamualaikum . hai , kali ni entry eny ditujukan khas buat mokcik2 diseluruh Malaysia terutama sekali mokcik2 yang duduk area rumah eny .Kerana Mulut Badan Binasa ! betul kan ?
eny tak tahu lah kenapa macik-macik zaman sekarang ni. Terutama sekali yang tak bekerja and 24hours dekat rumah.Petang-petang mula lah,ada yang pakai cun melecun ada pulak yang pakai ala kadar je and then duduk depan rumah dengan geng-geng pasar ikan diorang,gosip itu ini..Yang ade dekat rumah pon tak kurang hebatnye..pakai kain batik,bukak langsir seluas yang mungkin lepas tu tempek muka dekat tingkap.itu lah dia.Macam-macam ragam ada.
Macik-macik ni tak sedar ke eh , disebabkan mulut diorang ni lah yang membuatkan orang akan bergaduh sesama sendiri,suami isteri akan bercerai-berai dan ahli keluarga saling bermusuhan.Banyakkan kesannya? Ya'Allah. Bilalah si mokcik-mokcik ni nak insaf eh. Wahai macik-macik,sedar la yang kita sebagai manusia umur semakin meningkat.Carilah amalan dan pahala untuk dibawa ke alam akhirat.Sebagai umat islam,kita sentiasa berjaga dengan apa yang bakal masuk dalam mulut kita,adakah ianya halal ataupun haram.Tapi,kenapa kita tak pernah berjaga dengan apa yang keluar dari mulut kita adakah ia dosa atau pahala ?
Tanpa tahu adakah apa yang disebarkan mereka tu satu kebenaran atau fitnah semata-mata,dengan bangganya diorang membuat cerita itu ini dan menokok tambah sesuka hati mereka.Kebanyakannya diorang ni bukan tahu mana pon cerita yang diorang sebarkan tu, berlagak macam tahu je.kan ? Berubah laa ..